Wednesday, 1 February 2023

 

Geng Moto Binjal ditahan

  • Published in Jenayah

(Hasil operasi tersebut, seramai 14 remaja berusia 13 hingga 18 tahun berjaya
ditahan dan dibawa ke IPD Kubang Pasu untuk tindakan lanjut/PDRM)

KUBANG PASU, 29 November- Perbuatan sekumpulan remaja membuat bising menggunakan motosikal yang diubah suai sehingga mengganggu ketenteraman penduduk membawa padah apabila ditahan pihak polis.

Kumpulan itu yang dikenali sebagai Geng Moto Binjal ditahan dalam serbuan di Kampung Binjal, Asun, di Kubang Pasu, Kedah, lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata operasi diketuai ASP Mohd Juhaisam Jusoh bersama pasukan daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Kubang Pasu bermula pukul 5.00 hingga 6.45 petang.

Hasil operasi tersebut, seramai 14 remaja berusia 13 hingga 18 tahun berjaya ditahan dan dibawa ke IPD Kubang Pasu untuk tindakan lanjut.

10 buah motosikal turut disita dan 69 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Antaranya mengubah suai ekzos motosikal dan membuat bising dalam kawasan kampung, tiada nombor pendaftaran, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi serta tiada lesen memandu dan cukai jalan.

"Kesemua remaja terbabit dibebaskan dengan jaminan keluarga masing-masing.

"Polis menasihati orang awam supaya menyalurkan dan berkongsi maklumat kegiatan bermotosikal ini supaya kegiatan itu dapat dibanteras dari semasa ke semasa," kata Rodzi

Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat melalui e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. untuk memudahkan pihak polis mengambil tindakan lanjut.


(Geng Moto Binjal ditahan/PDRM)