Tuesday, 29 November 2022

Helikopter bawa peti undi, petugas SPR ke 6 pos pedalaman orang asli

  • Published in Pilihan Raya

(Sebuah helikoter digunakan untuk menghantar peti undi dan petugas SPR)

GUA MUSANG, 19 November- Sebuah helikopter digunakan untuk menghantar 10 peti undi dan 17 petugas SPR ke enam pos pedalaman Orang Asli di daerah Gua Musang, Kelantan.

Menurut Pegawai Pengurus Pilihan Raya Gua Musang, Ab. Pattah Hasbullah; pos terlibat; Pos Simpor, Pos Gob, Pos Belatim, Pos Balar, Pos Bihai dan Pos Hau.

Sebanyak 43 kenderaan pacuan empat roda turut digunakan bagi menghantar kira-kira 80 petugas melalui jalan darat sebagai persediaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bagi perjalanan sehala ke pos Orang Asli terlibat, ia mengambil masa kira-kira 15 minit hingga 20 minit.

Ab. Pattah turut memberitahu, enam penerbangan dilakukan dalam tempoh tersebut.

(Kenderaan pacuan empat roda turut digunakan bagi memasuki pos pedalaman)