Wednesday, 26 January 2022

updated 11:49 AM UTC, Jan 26, 2022

Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah hari ini adakan pertemuan sulung baginda dengan Tun M

                                                                                                     Foto: Bernama 

PUTRAJAYA - Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah hari ini mengadakan pertemuan sulung baginda dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia sempena Rundingan Pemimpin Tahunan Ke 22 antara Malaysia dengan Brunei di Putrajaya.

Keberangkatan tiba Sultan Hassanal Bolkiah pada pukul 11.25 pagi di perkarangan Bangunan Perdana Putra disambut Tun Dr Mahathir.

Hadir sama  Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Baginda seterusnya mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri bagi membincangkan berkaitan isu dua hala antara kedua negara.

Baginda dan Tun Dr Mahathir turut menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Brunei mengenai pergerakan tahanan.

Sejurus selepas itu, Sultan Brunei berangkat menghadiri majlis makan tengah hari yang dihoskan Tun Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali bagi meraikan baginda di Kediaman Seri Perdana.

Pada sebelah petang, baginda dijadualkan berangkat menghadiri program bersama pelajar Brunei di Kuala Lumpur.

Sultan Brunei berangkat tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang semalam, bagi lawatan kerja dua hari bermula hari ini.

Baginda dijadual berangkat pulang pada 6 Mac.

((RTM/ASRAF))

 

  • Written by Media Baharu
  • Category: Nasional
  • Hits: 828