Tuesday, 17 May 2022

4 Kapal dari China ditahan Maritim, dipercayai berlabuh tanpa kebenaran di Labuan

LABUAN, 17 Feb - 4-buah kapal dari negara China ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Labuan.

Kapal itu dipercayai melakukan kesalahan berlabuh tanpa kebenaran.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Komander Maritim Nor Bakari Abu Bakar berkata, siasatan awal mendapati kapal-kapal berkenaan dikendalikan oleh 2 orang kru berwarganegara China berumur lingkungan 55-tahun.

Operasi melibatkan Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Kesihatan Labuan mendapati, keempat-empat kapal disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 491B (1)(i) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Laut.

Jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi 100-ribu ringgit atau penjara tidak melebihi 2-tahun, atau kedua-duanya.

Beliau memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan media.

Kapal-kapal berkenaan kini ditahan untuk siasatan.

Komander Maritim Nor Bakari menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mereka yang melakukan kesalahan undang-undang di Zon Maritim Malaysia.

Pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang akan terus dipertingkatkan dan dipergiat dari semasa ke semasa.

  • Written by Media Baharu
  • Category: Nasional
  • Hits: 1510