Sunday, 7 March 2021

updated 1:54 AM UTC, Mar 7, 2021

RELA Bantu Esscom Tangani Pelbagai Isu Keselamatan Di Esszone

Lahad Datu - Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan membantu pasukan keselamatan khususnya Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dalam menangani pelbagai isu

keselamatan di pantai timur Sabah. 

Kol (K) RELA Kawasan Parlimen Silam, Dr Salleh Kalbi berkata RELA akan digerakkan membantu Esscom mengawal dan mengawasi kawasan strategik termasuk menjadi 'mata dan telinga' serta

menyedarkan masyarakat supaya melaporkan dengan segera sekiranya mengesan perkara yang boleh mengancam keselamatan seperti dadah, penyeludupan dan kehadiran pendatang asing

tanpa izin (PATI). 

 

Beliau berkata masyarakat perlu membantu dan bekerjasama dengan pasukan keselamatan bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan sentiasa terjamin. 

"Sama-sama kita membantu mengawasi dan mengawal kawasan kejiranan masing-masing termasuk memberi maklumat keselamatan kepada pihak berkuasa atau Esscom untuk tindakan

segera," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata masyarakat tidak seharusnya menuding jari kepada pasukan keselamatan apabila berlaku sesuatu isu, tetapi "tanya kepada diri sendiri, apa sumbangan mereka kepada negara

dalam konteks mengekalkan keamanan dan kesejahteraan di negara ini". 

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Nasional
  • Jumlah paparan: 228