Saturday, 4 December 2021

updated 8:17 AM UTC, Dec 4, 2021

DRMM jadi pemangkin tingkatkan bekalan dan pemilikan rumah mampu milik

Foto : FB Zuraida Kamaruddin


SHAH ALAM - Dasar Perumahan Mampu Milik Negara (DRMM) akan menjadi pemangkin dalam meningkatkan bekalan dan pemilikan rumah mampu milik di negara ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, dasar itu juga membuktikan komitmen dan fokus kerajaan yang mahu menyediakan rumah yang selesa dan berkualiti kepada golongan sasar.

Dasar itu menetapkan standard, spesifikasi utama dan harga jualan sebagai panduan kepada pemaju rumah mampu milik.

Ini termasuk, penetapan harga pada RM300, 000 ke bawah selain keluasan minimum pada 900 kaki persegi.

Beliau sebelum itu melancarkan Dasar Perumahan Mampu Milik dan Standard Perumahaan Kebangsaan.

Sementara itu, kementeriannya akan mewujudkan akademi Sistem Binaan Berindustri, (IBS) khusus bagi golongan muda mempelajari teknik pembinaan rumah berteknologi tinggi.

Langkah itu akan membantu kerajaan membangunkan lebih banyak rumah mampu milik berikutan kos pembinaan rumah IBS yang lebih rendah.

  • Written by Media Baharu
  • Category: Nasional
  • Hits: 1002