Wednesday, 26 January 2022

updated 10:37 AM UTC, Jan 26, 2022

Lagi penyebaran berita palsu, Jabatan Kesihatan Johor nafi kurang bekalan topeng muka

JOHOR BAHRU, 7 Feb - Jabatan Kesihatan negeri Johor menafikan laporan yang tular di media sosial, mengenai kekurangan bekalan topeng muka di Hospital.

Ia merupakan kes kedua pada minggu ini, selepas penyebaran berita palsu Selasa lalu tentang penularan Koronavirus di kawasan Desa Tebrau, Johor Bahru.
Satu laporan polis dibuat mengikut peruntukan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sabit kesalahan boleh dihukum denda maksimum 50 ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tempoh satu tahun atau kedua-duanya.
Jabatan Kesihatan dalam muat naik di laman facebok turut mengingatkan orang ramai tidak menyebarkan berita yang boleh mencetuskan panik.

  • Written by Media Baharu
  • Category: Nasional
  • Hits: 1108