Tuesday, June 2, 2020

updated 10:45 AM UTC, Jun 2, 2020

Pos Malaysia Lancar Koleksi Setem Pengangkutan Sungai Di Sarawak

Kuala Lumpur - Pos Malaysia Berhad akan mengeluarkan siri setem "Pengangkutan Sungai di Sarawak" yang menampilkan tiga pengangkutan sungai utama di Sarawak iaitu Perahu Panjang, Bot Ekspres dan Perahu Tambang pada 26 Mei ini.

Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia Diyana Lean Abdullah berkata dalam siri ini, 100,000 keping setem terdiri daripada Perahu Panjang yang berharga 70 sen, Bot Ekspres (80 sen), dan Perahu Tambang (90 sen) serta 30,000 keping setem Lembaran Mini menampilkan rakit (RM3) akan dikeluarkan.

Selain itu, sebanyak 35,000 keping produk filateli lain seperti Sampul Surat Hari Pertama termasuk risalah berharga 55 sen setiap satu dan 2,000 keping folder dengan harga RM6.35 juga dikeluarkan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di sini.

Diyana berkata pengeluaran siri setem pengakutan sungai merupakan sebahagian usaha mendidik pengumpul setem dan orang ramai mengenai kepelbagaian pengangkutan di negara ini serta memelihara warisan negara melalui koleksi setem yang dikeluarkan Pos Malaysia.

Katanya pengangkutan sungai di Sarawak merupakan komponen utama penduduknya untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain dan percaya ia mampu menarik pengumpul setem untuk menambah koleksi mereka.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Nasional
  • Jumlah paparan: 175