Friday, 7 August 2020

updated 12:31 AM UTC, Aug 7, 2020

1MDB Bahan Serangan Bermotifkan Politik Yang Belum Pernah Berlaku - Salleh

  • Published in Nasional

Kuala Lumpur - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata 1MDB telah menjadi bahan serangan bermotifkan politik yang tidak pernah berlaku sebelum ini bertujuan menjatuhkan ketua kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

Katanya terlalu banyak tuduhan seperti kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya RM42 bilion lesap, yang kemudian dibuktikan tidak benar - dalam hal ini pengesahan itu dibuat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara yang dwipartisan. 

Beliau berkata ketika mengulas tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Salleh berkata derma kepada perdana menteri adalah suatu perkara berasingan.