Wednesday, 1 February 2023

 

Anwar menghadap Sultan Brunei hari ini

  • Published in Nasional

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Januari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dalam lawatan kerja rasmi beliau akan menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman, hari ini.

Beliau yang ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijangka tiba di istana pada pukul 10.55 pagi.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pemimpin dijangka akan menilai kemajuan kerjasama yang sedang berjalan di samping mengukuhkan lagi hubungan yang akan memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua buah negara.

Pertemuan itu juga turut akan disusuli dengan Majlis Santapan Rasmi yang dihoskan sendiri Sultan Brunei.

(Foto fail)

Turut akan hadir bersama ke istana termasuklah Premier Sarawak; Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Ketua Menteri Sabah; Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Luar Negeri; Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan juga Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Datuk Raja Reza Raja Zaib Shah.