Wednesday, 1 February 2023

 

Usaha selesai masalah rakyat melalui konsep Malaysia Madani- Fahmi

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 25 Januari-Konsep Malaysia Madani bukan slogan semata-mata, tetapi akan diterjemahkan melalui segala usaha kerajaan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat, selain menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, konsep itu akan dijadikan sebagai panduan kepada semua menteri dan kementerian untuk mencapai indeks prestasi utama (KPI) masing-masing yang ditetapkan.

"Konsep KPI ini, seperti saya sebut tadi, dia bukan sahaja berdasarkan program atau gerai yang kita buka. Tetapi pengalaman rakyat. Kegembiraan yang rakyat dapat rasai dengan ikhtiar yang kita laksanakan", ujarnya ketika bercakap dalam program Ruang Bicara di Bernama TV.

Tegas beliau lagi, Konsep Madani memberi fokus kepada usaha yang lebih baik dengan membantu rakyat dan tambah baik mutu perkhidmatan kepada rakyat.

Beliau yakin, setiap menteri dan kementerian akan melaksanakan ikhtiar dan menguruskan isu rakyat dengan baik.

(Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil/ FOTO BERNAMA)