Wednesday, 1 February 2023

 

Isu pengeluaran caruman KWSP, nasib dan masa depan pencarum penting

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 17 Januari- Isu cadangan pengeluaran sekali lagi wang caruman KWSP.

Penganalisis Ekonomi, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berpendapat kenyataan Perdana Menteri meletakkan nasib dan masa depan rakyat sekali gus mencari jalan lain yang lebih berkesan adalah langkah rasional.

"Hakikatnya majoriti besar pencarum KWSP sudah tidak mempunyai lagi wang yang mencukupi untuk persaraan. Malah, ramai kalangan pencarum terutamanya kaum bumiputera tidak lagi mempunyai simpanan yang tinggi, hanya kurang daripada RM10,000.

"Malah, kalau kita lihat yang mempunyai caruman kurang daripada RM1,000.00 pun amat tinggi peratusannya.


(Penganalisis Ekonomi, Prof Madya
Dr Ahmed Razman Abdul Latiff)

"Oleh itu, inisiatif ataupun program lain harus difikirkan untuk membantu golongan ini tanpa menjejaskan caruman untuk persaraan mereka", katanya kepada RTM.

Berhubung Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pula, ia disifatkan pendekatan yang wajar dan perlu diteruskan bagi membantu golongan kurang berkemampuan, rentan dan mudah terjejas.

Bantuan seumpama itu memastikan rakyat dalam kategori berkenaan dapat meneruskan kehidupan dalam situasi peningkatan kos sara hidup yang semakin mencabar.