Thursday, 13 August 2020

updated 2:52 PM UTC, Aug 12, 2020

Operasi Halang Nelayan Asing Ganggu Aktiviti Candat Sotong - APMM

  • Published in Nasional

Kuala Terengganu - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan terus meningkat dan memperluaskan rondaan di perairan Terengganu sepanjang musim mencandat sotong ini.

Pengarah APMM Terengganu Kapten Maritim Zainolabidin Jusoh berkata ia perlu dilakukan bagi memastikan kemasukan nelayan asing tidak mengganggu dan menjejaskan aktiviti itu yang berlangsung sekitar April hingga Julai.

"Lazimnya nelayan asing akan turut mengambil kesempatan menangkap hasil laut sekitar tempoh itu, jadi kita akan meningkatkan pengawasan bagi menggelak pencerobohan daripada berleluasa.

"Kita tidak mahu kehadiran nelayan asing yang menceroboh perairan negara ini mengganggu aktiviti orang ramai yang melakukan aktiviti tersebut sepanjang tempoh ini," katanya kepada Bernama.

Jelasnya kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan tumpuan ialah perairan Pulau Kapas, Pulau Bidong dan Pulau Perhentian.

Menurut Zainolabidin, bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini sebanyak 24 bot nelayan asing telah ditahan kerana menceroboh perairan negara.