Tuesday, 29 November 2022

Jamin kebajikan anak tentera, lapan inisiatif pendidikan disediakan

  • Published in Nasional

MELAKA, 28 September- Kementerian Pertahanan mengumumkan lapan inisiatif dalam usaha memperkasa aspek pendidikan dan membela kebajikan warganya termasuk Veteran Angkatan Tentera Malaysia dan keluarga mereka.

Ia dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memaklumkan, Program Dermasiswa Premium menawarkan insentif sebanyak RM5,000 secara sekali bayar kepada anak warga ATM atau veteran ATM yang berjaya melanjutkan pengajian Ijazah Pertama di universiti ranking 100 terbaik dunia.

Turut diumumkan, Skim Penabungan Anak-Anak ATM Rukun Kelima (SPARK) yang memberi manfaat kepada lebih 13,000 anak anggota ATM melibatkan kos keseluruhan RM675,000. ringgit.

“Ketiga program sentuhan Elite SPM, melalui program ini anak-anak kita yang akan menduduki peperiksaan SPM akan berkolaborasi dengan guru dan pakar daripada Sekolah Berprestasi Tinggi dan MRSM ( Maktab Rendah Sains Mara) yang berpengalaman luas. Program 'train and place program' yang mendapat kerjasama Yayasan Peneraju akan dilaksanakan khusus untuk anak-anak warga ATM dan veteran," katanya.


(Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein)

Hishammuddin berkata demikian ketika lawatan kerja di Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka.

Selain itu, Program Penajaan Asasi Sastera Bersama UNIRAZAK memberi peluang kepada anak warga ATM dan warga awam MINDEF mengikuti pengajian secara percuma.

Inisiatif lain, Anugerah Kecemerlangan Pendidikan ATM, bantuan kemasukan ke IPTA sebanyak RM1,000, pemberian komputer riba serta Program 'Train and Place'.