Thursday, 8 December 2022

'Transit sementara', tingkat keselamatan perairan utara negeri Selangor

  • Published in Nasional

SABAK BERNAM, 27 September- Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Selangor akan meningkatkan tahap keselamatan di perairan utara negeri itu.

Pengerusi MKN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, antara langkah drastik ialah dengan mewujudkan 'transit sementara' (staging point) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia APMM di Bagan Nahkoda Omar.

Beliau berkata hasil dari Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor, lokasi transit tersebut ditempatkan di kelong sedia ada yang mempunyai kedudukan strategik.

"Kita akan cuba bincang untuk mengambil tindakan seberapa segera untuk jadikan Kelong paradise Sabak Bernam ini sebagai 'transit sementara' (staging point) untuk APMM demi untuk memudahkan dan membantu nelayan ataupun mana-mana pihak supaya tindakan segera akan diambil jika ada apa-apa berlaku di kawasan lautan ini.

Tambah beliau pengkalan APMM terdekat hanya di Pelabuhan Klang dan Lumut mengambil masa untuk sebarang tindakan terhadap aduan pencerobohan haram dan operasi menyelamat.

Turut hadir ketika tinjauan Pengarah MKN Selangor, Faizatul Aini Mohd Adnan, Pengarah APMM Selangor, Kapten Maritim V. Siva Kumar dan Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S.Sasikala Devi.


(Pengerusi Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar)