Sunday, 2 October 2022

Tindakan terhadap penternak babi haram akan dilaksana dalam tempoh terdekat

  • Published in Nasional

SEREMBAN, 22 September - Tindakan susulan terhadap penternak babi haram yang masih beroperasi akan dilaksana dalam tempoh terdekat bagi mengatasi masalah pencemaran Sungai Rambai di Lukut. 

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata kegiatan penternakan dan penyembelihan babi secara haram dikesan masih beroperasi walaupun telah diberi amaran oleh pihak berwajib sebelum ini.

Pihak berkuasa diarah supaya memberi nasihat kepada para penternak agar memindahkan semua ternakan yang berada di kawasan itu sebelum dikenakan tindakan yang lebih tegas.


(Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun)
 

"Kita akan notis, kita akan maklumkan maksud dia notice ini kita akan turun padang semula itu maksud notis kita. Sebab notis bertulis dah hantar berapa kali, perbincangan telah dibuat. Jadi kita ikut peraturan, kita ikut semangat kemanusiaan dan kekitaan dan saya yakin bahawa kalau tindakan diambil pun, itu adalah tanggungjawab kita sebagai kerajaan negeri untuk memastikan permasalahan umum rakyat dapat kita tangani dengan baik", katanya dalam sidang media mesyuarat mingguan Exco di Wisma Negeri, Seremban.

Dalam pada itu, Datuk Seri Aminuddin memaklumkan bahawa kerajaan negeri bersama pemaju bercadang untuk mengambil semula tanah di sekitar kawasan Sungai Rambai yang sebelum ini diusahakan sebagai kawasan penternakan babi.

Ia kerana sebahagian daripada kawasan tersebut merupakan Projek Pembangunan Lembah Wawasan Malaysia 2.0.