Sunday, 2 October 2022

Pakej PerantiSiswa; 350,000 permohonan fasa satu dan dua telah diterima

  • Published in Nasional

KUCHING, 21 September- Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) sudah menerima 350,000 permohonan bagi Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia fasa satu dan dua, kata Menterinya, Tan Sri Annuar Musa.

Daripada jumlah itu 7,400 permohonan sudah diluluskan bagi pelajar di Sarawak.

Katanya, K-KOMM menyasarkan 80% pengagihan peranti kepada pelajar dapat dilaksanakan sebelum penghujung November tahun ini.

''Sementara IPTS dan IPTA bermula Oktober, Politeknik,pelajar harap sekurangnya 80% kepada mahasiswa mahasiswi," kata Annuar selepas majlis penyerahan PerantiSiswa di sini.

Terdahulu ketika berucap di majlis itu, beliau berkata bagi fasa pertama di Sarawak, penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang dan IPG Kampus Tun Abdul Razak merupakan penerima peranti terawal bagi kategori IPG.

BERITA BERAITAN
Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia terima lebih 300,000 permohonan
Inisiatif PerantiSiswa rapatkan jurang digital mahasiswa B40
Sebanyak 97,635 permohonan PerantiSiswa fasa 1 diluluskan
60 peratus permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia Fasa 1 telah diluluskan - Annuar

(Tan Sri Annuar Musa pada Majlis Penyerahan Peranti Siswa di Institut Perguruan Batu
Lintang, Kuching)