Sunday, 2 October 2022

JENDELA Fasa Dua: Sarawak nikmati capaian internet menyeluruh menjelang 2024

  • Published in Nasional

(Foto fail)

KUCHING, 21 September- Sarawak dijangka menikmati capaian internet menyeluruh menjelang tahun 2024 bawah Program Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa Dua, menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Katanya lebih 80% kawasan di Sarawak kini mempunyai liputan bawah program JENDELA Fasa Pertama, yang bakal selesai hujung tahun ini.

''Kita juga sedang berunding untuk meningkatkan penggunaan satelit kerana terdapat 600 lagi lokasi dikenal pasti kita akan gunakan teknologi satelit.

"Pilihan terakhir walaupun agak mahal tapi perlu dilakukan kerana dasar kita di akhir JENDELA 2 , semua kawasan berpenduduk termasuk kawasan terpencil di pedalaman harus mempunyai ketersambungan perkhidmatan jalur lebar," kata Annuar di sini.

BERITA BERKAITAN
Pelaksanaan 5G berada pada landasan tepat
JENDELA: Jumlah premis dengan rangkaian gentian optik meningkat ketara
Jendela Pengaduan platform miskin bandar lapor keciciran penerimaan bantuan
JENDELA lepasi sasaran


Tambah beliau, capaian internet memerlukan tempoh yang panjang untuk dilaksanakan kerana terdapat beberapa kawasan tidak mempunyai jalinan siber optik.

Oleh itu, teknologi satelit diperlukan termasuk penambahan menara telekomunikasi baharu di beberapa kawasan terlibat.

(Tan Sri Annuar berkata Sarawak nikmati capaian internet menyeluruh menjelang 2024)