Sunday, 2 October 2022

Pelaksanaan 5G berada pada landasan tepat

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 20 September- Pelaksanaan rangkaian generasi kelima (5G) di Malaysia berada pada landasan tepat.

Sehingga Ogos lalu, lebih 2,100 tapak 5G telah beroperasi dan liputan 5G telah mencecah 33 peratus di kawasan berpenduduk di lapan buah negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menyasarkan 36 peratus liputan dapat dicapai pada hujung tahun ini.

"Sasaran 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk pada penghujung tahun 2024 juga mampu direalisasikan.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Digital Nasional Berhad (DNB) secara aktif mengadakan sesi libat urus bersama Pihak-pihak Berkuasa Negeri, kerajaan tempatan dan pemegang taruh yang berkenaan," katanya menerusi kenyataan.

(Tan Sri Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia)

Menerusi sesi libat urus berkenaan, isu-isu dasar telah dapat ditangani segera dan pelaksanaan rangkaian telah dapat dipermudahkan.