Sunday, 2 October 2022

RM6.3 bilion untuk pembangunan infrastruktur, fasiliti penyampaian perkhidmatan di Selangor

  • Published in Nasional

SHAH ALAM, 19 Ogos-Peruntukan berjumlah RM6.3 bilion diluluskan bagi pelaksanaan pembangunan infrastruktur dan fasiliti penyampaian perkhidmatan di Selangor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob berkata, peruntukan tersebut merupakan Rolling Plan Kedua tahun 2022, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

"Antara projek penting yang akan dilaksanakan adalah lima buah projek tebatan banjir di Selangor dengan peruntukan sebanyak RM4.7 bilion.

Usaha ini akan disegerakan bagi mengelak kejadian banjir teruk yang menjejaskan kesejahteraan penduduk, ekonomi negeri dan negara berulang lagi," katanya ketika berucap merasmikan Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Selangor, di sini.

(Datuk Seri Ismail Sabri berucap merasmikan Program Jelajah AKM Selangor
di Stadium Shah Alam / Foto BERNAMA)

Beliau turut memaklumkan, kerajaan akan mengambil langkah proaktif bagi pembinaan infrastuktur yang lebih lestari di Selangor.

Selain itu, penyediaan perumahan untuk Keluarga Malaysia terutama buat golongan B40 dan M40 akan terus menjadi agenda penting.

Selaras dengan aspirasi Satu Keluarga Satu Rumah, 14,329 kediaman telah siap dibina di Selangor setakat Jun lalu di bawah pelbagai program seperti Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM).