Wednesday, 28 September 2022

JKNK siap siaga pantau penularan cacar monyet

  • Published in Nasional

KOTA BHARU, 18 Ogos - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) sentiasa bersiap siaga memantau pergerakan penularan kes cacar monyet di negeri itu susulan peningkatan kes berlaku di negara jiran, Thailand.

Ia termasuk meningkatkan pemantauan di tiga pintu masuk utama ke kelantan di sempadan Malaysia-Thailand.

Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Husin memaklumkan, pihaknya telah melaksanakan pemantauan dari masa ke masa dan sentiasa berwaspada walaupun tiada kes jangkitan itu dikesan di Kelantan.

(Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Zaini Husin)

JKNK juga sentiasa mengarahkan klinik-klinik kesihatan untuk membuat pemantauan berkaitan perkara berkenaan.

"Langkah berkenaan bagi membolehkan JKNK mengenal pasti tanda-tanda berkaitan penyakit tersebut

"Kita sudah mengaktifkan bilik gerakan untuk membuat pemantauan bagi melihat situasi dan perkembangan terkini berkait dengan jangkitan cacar monyet.

"Semua klinik-klinik kesihatan termasuk swasta sudah diingatkan supaya terus membuat laporan sekiranya mengesan jangkitan tersebut," katanya selepas diminta mengulas mengenai amaran yang dikeluarkan oleh Thailand itu.

Dalam perkembagan lain, Datuk Dr Zaini berkata, kes Influenza di Kelantan pula mengalami penurunan kes berbanding dua bulan lalu.

Justeru, masyarakat terus dinasihat untuk sentiasa mematuhi SOP.