Wednesday, 28 September 2022

Bajet 2023 terus fokus kepada kebajikan Keluarga Malaysia

  • Published in Nasional

(Datuk Seri Ismail Sabri berucap pada Majlis Minum Petang Bersama Pengamal
Media Wanita Malaysia/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 15 Ogos- Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada Oktober ini akan terus memberi penekanan kepada kebajikan Keluarga Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia juga akan mengambil kira kesediaan negara berdepan kemungkinan krisis ekonomi global yang lebih mencabar berbanding sebelum ini.

Jumaat lepas, Bank Negara mengumumkan ekonomi negara berkembang sebanyak 8.9% pada suku kedua tahun ini dengan disokong aktiviti ekonomi yang kembali normal.

Jelasnya, prestasi suku kedua ini merupakan yang tertinggi dan terbaik di Asia Tenggara dan juga negara-negara utama seluruh di dunia.

(Datuk Seri Ismail Sabri (dua, kiri) hadir pada Majlis Minum Petang Bersama Pengamal
Media Wanita Malaysia/BERNAMA)

"Meskipun kita berdepan dengan inflasi dunia, perbelanjaan isi rumah perniagaan telah meningkat dan menjadi antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara," kata Ismail Sabri ketika berucap di Majlis Minum Petang Bersama Pengamal Media Wanita Malaysia anjuran Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (PERTAMA) di sini.

(Datuk Seri Ismail Sabri  berkata bajet 2023 terus fokus kepada kebajikan Keluarga Malaysia)