Sunday, 2 October 2022

Perusahaan inap desa, MOTAC alu-laukan penyertaaan penduduk luar bandar

  • Published in Nasional

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 14 Ogos- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), mengalu-alukan penyertaan penduduk luar bandar untuk menyertai industri pelancongan terutamanya perusahaan inap desa.

Menerusi catatan yang dimuatnaik menerusi laman Facebook, Menteri, Dato' Sri Hajah Nancy Shukri mengharapkan kumpulan sasar yang berminat dengan industri berkenaan, mendaftar dengan kementerian.

Keperluan itu bagi membolehkan manfaat yang disediakan kementerian diperoleh pengusaha.

Ia termasuk penyediaan pakej pelancongan menarik, latihan dan kursus keusahawanan, penyediaan makanan, khidmat pelanggan dan lain-lain.

Jelasnya, usaha itu secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan pendapatan serta taraf hidup masyarakat setempat, sekali gus melahirkan usahawan pelancongan.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Homestay Darvel Bay, di Lahad Datu, Sabah yang memperoleh Sijil Pendaftaran Program Pengalaman Homestay Malaysia semalam.


(Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato' Sri Hajah Nancy Shukri)