Wednesday, 28 September 2022

Tiada paksaan untuk dos penggalak - KJ

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 10 Ogos- Tidak akan ada paksaan bagi pengambilan dos penggalak, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata pihak kementerian bagaimanapun akan terus mengesyorkan dan menggalakkan pengambilan terutama bagi mereka yang berisiko.

Ini memandangkan peratusan pengambilan dos penggalak daripada kalangan mereka yang berusia 70 hingga 79 tahun masih agak rendah.

"Kita akan terus mengesyorkan dan menggalakkan supaya mereka yang berusia 50 tahun ke atas terutama mereka yang ada masalah kesihatan supaya mereka dapat dos penggalak mereka. Jadi buat masa masih lagi dalam peringkat penggalakan dan memang tidak akan ada paksaan sebab rasa dah ramai tahu tentang COID-19 dengan kebaikan menerima vaksin," katanya.

Ketika ditanya mengenai rancangan pihak kementerian dalam strategi imuniti tahunan, Khairy memberitahu pihaknya masih dalam peringkat perbincangan dan rujukan pakar.

"Kita dalam proses dwitahunan kita, semalam kita telah pun mengadakan perbincangan apakah strategi imuniti tahunan bagi COVID-19. Negara lain pun tak tahu lagi sama ada mereka akan tawarkan imunisasi setiap tahun. Kita akan rujuk kepada pakar pakar, apakah pendirian yang kita buat. Contoh mungkin akan menawarkan vaksinasi kepada golongan tua ataupun mereka yang ada masalah kesihatan ..kecuali ada varian baharu yang agak bahay dan saya akan umumkan,"

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucapan dalam Majlis Pelancaran BEAUTY (Bring Education of Understanding To You) di ibu negara.

(Tiada paksaan untuk dos penggalak - KJ)