Wednesday, 28 September 2022

JPV, DOSM dipertanggungjawab kumpul data berkaitan bekalan ayam

  • Published in Nasional

(Foto fail)

SERDANG, 11 Ogos- Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan Jabatan Perangkaan (DOSM) dipertanggungjawab mengumpul data berkaitan bekalan ayam.

Ini bagi memastikan kawalan keselamatan makanan diuruskan secara teratur.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata JPV diberi masa seminggu untuk mencadangkan corak pengurusan data pengeluaran ayam dan import ayam, selain data terkini mengenai rekod import permit bagi mengetahui jumlah import ayam.

(Tan Sri Annuar dalam sidang media di Serdang)

"DOSM pula perlu menyediakan indeks kos pengeluaran ayam secara bulanan, dan angka itu akan dijadikan rujukan sebagai penanda aras untuk menentukan harga wajar di peringkat peruncitan dan peringkat jualan peringkat jualan," katanya dalam sidang media di sini.

Menurut beliau, tanpa data jelas, isu keselamatan makanan tidak dapat diuruskan dengan komprehensif.