Wednesday, 28 September 2022

Krisis Myanmar: Penglibatan lebih banyak badan antarabangsa diperlukan

  • Published in Nasional

 (Datuk Seri Saifuddin dalam sidang media selepas Majlis Sambutan Hari ASEAN
yang ke-55 di Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia)

PUCHONG, 8 Ogos- Junta Myanmar masih tidak memberi kerjasama mengenai penglibatan pihak antarabangsa untuk menghantar misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat negara itu, menurut Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah .

"Satu kaedah untuk mengelakkan itu berlaku dan juga untuk memantau dengan adanya lebih banyak penyertaan daripada badan-badan antarabangsa. Kita telah pun mencadangkan misalnya Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) harus dibawa bersama

"Kita mencadangkan negara-negara ASEAN juga boleh secara suka rela menghantar badan bukan kerajaan (NGO) mereka yang bersesuaian," kata Saifuddin selepas Majlis Sambutan Hari ASEAN yang ke-55 di Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), di sini.

Kebimbangan tercetus dalam kalangan negara anggota ASEAN mengenai ketelusan pengagihan bantuan kemanusiaan yang disalurkan, sama ada ia sampai kepada semua pihak terjejas atau sebaliknya.

(Myanmar kini berdepan krisis rumit memandangkan ia membabitkan kuasa junta dan
pihak lain)