Wednesday, 28 September 2022

Perintah Kehadiran Wajib (PKW) terap nilai positif beri kesedaran kepada pesalah

  • Published in Nasional

(Senator Lim Hui Ying /FOTO ROKETKINI)

KUALA LUMPUR, 8 Ogos - Pesalah-pesalah yang dikenakan Perintah Kehadiran Wajib (PKW) perlu diterapkan dengan nilai-nilai positif.

Senator Lim Hui Ying dalam sesi perbahasan berkata keperluan itu berupaya memberi kesedaran selain mampu 'memulihkan pesalah-pesalah terlibat.

"Cadangan saya yang kedua adalah melaksanakan ujian maklum balas berkenaan dengan kerja wajib yang dilakukan. Maklum balas yang diberikan oleh pesalah-pesalah adalah amat penting kerana daripada maklum balas tersebut, kita dapat mengenalpasti bahawa adakah kerja wajib yang kita berikan kepada mereka itu sesuai dan memberikan impak yang positif kepada mereka," katanya ketika sesi perbahasan rang undang-undang itu di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau turut berharap agar kementerian dan semua agensi berkaitan dapat melaksanakan pindaan dan pembaharuan ini dengan sebaik yang mungkin.

Menurutnya, undang-undang ini merupakan sesuatu yang mampu mengubah kehidupan pesalah dan memastikan mereka terus berguna kepada masyarakat.

Turut mengambil bahagian dalam sesi perbahasan, Senator Datuk Seri Zurainah Musa.