Wednesday, 28 September 2022

Agong perkenan tujuh akta

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 8 Ogos- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan tujuh akta yang diluluskan pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-14 yang lalu.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim berkata ia membabitkan Akta Perbekalan Tambahan 2021-2022, dan Akta Perlembagaan pindaan kedua, 2022.

"Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah memperkenankan akta-akta yang diluluskan parlimen dalam mesyuarat pertama penggal kelima Parlimen ke-14 yang lalu.

"Akta Perbekalan Tambahan 2021 - 2022, Akta Kerja Pindaan 2022, ketiga Akta Kawalan Bekalan Pindaan 2022 , Akta Perlembagaan Pindaan No.2 2022, kelima Akta Syarikat Labuan Pindaan 2022, Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan Pindaan 2022 dan ketujuh, Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan Pindaan 2022,"kata Rais.

Beliau berkata demikian semasa persidangan Dewan Negara yang bermula hari ini.


(Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim)