Friday, 19 August 2022

Kedah terus catat penurunan kes jangkitan HFMD

  • Published in Nasional

ALOR SETAR, 27 Jun- Kedah terus mencatat penurunan jangkitan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) selepas 342 baharu kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-24 yang bermula 19 hingga 25 Jun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata berbanding minggu sebelumnya 531 kes direkodkan iaitu penurunan sebanyak 189 kes.


(Foto hiasan)

"Setakat ini, Kedah mencatat keseluruhan 5,767 kes HFMD. Semua kes yang dilaporkan menunjukkan gejala ringan dan diberikan rawatan pesakit luar", katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr Mohd Hayati berkata daerah Kuala Muda mencatat bilangan kes tertinggi iaitu 1,440 diikuti Kulim (868) dan Kubang Pasu (830) dan Kota Setar (562 kes).

Tambahnya, sepanjang tahun ini, sebanyak 51 wabak HFMD dilaporkan berlaku di Kedah, dengan 50 daripadanya berlaku di pusat pendidikan seperti TASKA, TADIKA dan prasekolah.