Tuesday, 16 August 2022

KPDNHEP perhebat halang aktiviti sorok barangan kawalan, keperluan harian

  • Published in Nasional

SEREMBAN, 25 Jun- Usaha menghalang aktiviti menyorok barangan kawalan dan keperluan harian terus diperhebat.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Kuala Pilah kini melaksanakan Kempen Antisorok di daerah itu.

Ia bertujuan untuk memastikan bekalan keperluan asas seperti ayam, telur ayam dan minyak masak terdapat di rak jualan untuk dibeli oleh pengguna.

Menurut Ketua Cawangan KPDNHEP Kuala Pilah, Ahmad Khuzairi Selamat setakat ini tiada aduan peniaga di daerah tersebut yang cuba mengambil kesempatan untuk melakukan penyelewengan dengan menyorokkan barang untuk mengaut keuntungan berlebihan.


(Ketua Cawangan KPDNHEP Kuala Pilah, Ahmad Khuzairi Selamat)

"Peringatan dan amaran akan diberikan kepada peniaga khususnya jangan cuba untuk menyorok atau melambatkan penjualan sehingga kita faham 1 Julai pengapungan harga, itu bertujuan mengaut keuntungan lebih, sekiranya didapati,  kami tiada kompromi, tindakan tegas akan diambil kepada pihak atau individu yang cuba membuat sebarang penyelewengan", katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Program Pemantauan Barang keperluan Asas di sebuah pasar raya di Kuala Pilah.