Tuesday, 16 August 2022

Keputusan STAM 30 Jun ini

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 23 Jun - Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2021 akan diumumkan pada pada Khamis ini.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataannya berkata, calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan dari sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi.

Manakala bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos pada tarikh yang sama.



“Di samping itu, calon sekolah dan persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara dalam talian di pautan myresultstam.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STAM 2021 mulai pukul 10 pagi pada 30 Jun hingga 6 petang pada 6 Julai.

“Selain itu, kaedah secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan STAM 2021 dengan menaip STAMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888 akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada 30 Jun hingga 6 petang pada 6 Julai,” menurut kenyataan itu.