Saturday, 25 June 2022

Denggi: 85 kes direkod di Terengganu

  • Published in Nasional


KUALA TERENGGANU, 23 Jun - Kes demam denggi di Terengganu menunjukkan trend peningkatan apabila 85 kes deman denggi dilaporkan dalam tempoh Januari sehingga 18 Jun lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr.Kasemani Embong berkata, ia menunjukkan peningkatan empat kali ganda berbanding 21 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Datuk Dr. Kasemani berkata, dua episod wabak dikesan berlaku di Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu namun terkawal dan tiada kematian dilaporkan.

Menurutnya, Kuala Terenganu mencatatkan 54 kes diikuti Kuala Nerus sebanyak 8 kes manakala Marang dan Kemaman dengan 5 kes.

Di Dungun dan Hulu Terengganu sebanyak 4 kes direkodkan, sementara 3 kes di Besut dan dua di Setiu.

"Sebelum ini, purata kes demam denggi mingguan dilaporkan antara dua hingga sembilan kes seminggu dan situasi ini membimbangkan kita.

"Daripada segi pecahan mengikut daerah, Kuala Terengganu merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 54 kes diikuti Kuala Nerus (lapan kes), Marang dan Kemaman masing-masing lima kes, Dungun (empat kes), Hulu Terengganu (empat kes), Besut (tiga kes) dan Setiu (dua kes).

"Bagaimanapun, tiada kematian akibat demam denggi dilaporkan di Terengganu pada tahun lalu dan setakat 18 Jun lalu dengan dua episod wabak didaftarkan iaitu di Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu pada tahun ini berbanding satu episod wabak tahun lalu.

"Jadi kita menasihatkan kepada semua masyarakat di negeri ini agar menjaga persekitaran menjaga kebersihan persekitaran maksudnya boleh beraktiviti tetapi pastikan tidak membuang sampah merata-rata... itu adalah tingkah laku yang perlu kita ubah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Denggi Asean dan Gotong-royong Mega 1.0 Perangi Aedes Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2022 Mengikut Norma Baharu di Kampung Gong Tok Nasek di sini hari ini.