Saturday, 25 June 2022

Pindaan undang-undang tangani kes penipuan dalam talian perlu dilakukan segera

  • Published in Nasional

SHAH ALAM, 22 Mei - Pindaan undang-undang bagi menangani kes penipuan dalam talian atau scammer yang terus meningkat perlu dilakukan segera.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berharap Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Akta 574) dipinda kerana dilihat tidak selari dengan perkembangan semasa terutamanya salahlaku penipuan dalam talian.

"Tangkapan satu benda yang lain tetapi dari segi pertuduhannya timbul masalah dari segi perundangan. Undang-undang penipuan yang ada lebih melibatkan tipu secara bersemuka, ini penipuan secara dalam talian ada masalah dari segi pertuduhan".


(Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed)

Sebanyak 150 kes penipuan dalam talian dilaporkan bermula Januari sehingga April tahun ini membabitkan kerugian RM19.8 juta di Selangor.

Beliau turut meminta pihak bank memperkemas dan meningkatkan keselamatan dan prosedur operasi standard (SOP) pemindahan wang secara dalam talian bagi membendung jenayah itu.

Beliau ditemui dalam sidang media selepas Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Kor Suksi di Shah Alam.