Monday, 27 June 2022

Hayati nilai toleransi dan kasih sayang sempena Hari Wesak - Ismail Sabri

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 15 Mei- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak Keluarga Malaysia untuk menghayati nilai toleransi, kasih sayang dan berkhidmat untuk sesama manusia sempena sambutan Hari Wesak, hari ini.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, beliau berkata perayaan itu disambut bagi memperingati falsafah utama iaitu berbuat baik sesama insan dan melakukan kerja-kerja amal, selain toleransi serta kasih sayang.

Perdana menteri berkata semua perayaan diraikan dalam suasana kasih sayang dan hormat-menghormati dengan penuh harmoni.

(Foto fail)

“Selamat menyambut Hari Wesak bagi yang beragama Buddha di Malaysia.

“Hayati nilai toleransi, kasih sayang dan berkhidmat untuk sesama manusia sebagai sebuah Keluarga Malaysia,” katanya.