Thursday, 26 May 2022

Biden umum inisiatif AS$150juta perdalam hubungan Amerika Syarikat-ASEAN

  • Published in Nasional

WASHINGTON, 14 Mei - Presiden Biden mengumumkan satu lagi inisiatif bernilai AS$150juta untuk memperdalam hubungan Amerika Syarikat-ASEAN dan mencapai objektif bersama yang lebih baik.

Menurut Biden, beliau telah mencalonkan salah seorang penasihat terdekatnya, Yohannes Abraham, untuk menjadi duta Amerika Syarikat ke ASEAN, bagi mengukuhkan perkongsian kritikal kedua-dua pihak.

"Kami komited pada masa depan yang menyaksikan peraturan dan norma yang telah membolehkan begitu banyak pertumbuhan serta kemakmuran dan kestabilan di Indo-Pasifik, ditegakkan dan diperkukuh,  termasuk menghormati kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia.

"Ini adalah sesuatu yang memberi manfaat kepada satu bilion orang yang tinggal di negara kita – dari Amerika Syarikat dan (Asean). Semasa kita melihat ke seluruh dunia, dengan semua cabaran yang kita hadapi, perkongsian ASEAN-A.S. adalah penting," kata Biden.

Sebelum sesi bersama Presiden Biden, pemimpin-peminpin Asean bertemu naib presidennya, Kamala Harris.

 


(Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden)