Monday, 16 May 2022

Syarikat perlu bertanggungjawab lesen pengiklanan

  • Published in Nasional

SEREMBAN, 22 Januari - Syarikat pengiklanan yang meletakkan iklan di papan iklan di sepanjang lebuh raya perlu memastikan mereka mempunyai lesen daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Syarikat yang meletakkan iklan juga tidak harus lepas tangan dalam memastikan syarikat pengiklanan yang diupah mematuhi peraturan ditetapkan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, "Kita minta supaya mereka faham, kita tak nak terlalu banyak papan iklan haram dan khuatir kualiti yang dibina itu tidak menepati standard dan berbahaya kepada pengguna highway."

Baru-baru ini, 26 notis iklan tidak berlesen dikesan ketika operasi dijalankan di Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dari Plaza Tol Ainsdale ke kawasan rehat dan rawat Seremban.

Kerajaan negeri juga akan membuat penyelarasan antara PBT dengan pejabat tanah supaya tindakan dapat diambil bagi membendung isu papan iklan haram tersebut.