Friday, 27 May 2022

Yayasan Veteran ATM buka pusat dialisis ke-4 pada April

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 19 Januari - Pusat dialisis ke-4 Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dibuka di Batang Kali, Selangor pada April depan.

Ia dilaksanakan menerusi program kesihatan dan kebajikan khusus memantu anggota tentera terutama veteran yang 85% daripada mereka merupakan golongan B40.

"Pusat dialisis ini kita bercadang untuk tambah sekarang kita ada tiga kita tambah lagi untuk kepada empat. Cadangan baru kita akan buka satu lagi di batang kali itulah kita berhasrat dengan sumbang koperasi tentera dengan perkhidmatan kepada veteran-veteran lebih ramai yang memerlukan," kata Timbalan Pengerusi Yayasan Veteran ATM, Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnain Ahmad.

Tambahnya keahlian veteran ATM yang direkodkan menerusi Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV ATM) setakat ini seramai 206,000.

Beliau juga berharap mana-mana syarikat swasta dan badan korporat boleh tampil membantu menyumbang peralatan kesihatan.

Setakat ini Yayasan Veteran ATM memunyai 3 cawangan pusat dialisis bertempat di Seri Kembangan, Batu Caves dan Bukit Sentosa.