Friday, 27 May 2022

Parlimen perlu memain peranan bagi mengimbangi kuasa badan penguat kuasa.

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 19 Januari - Parlimen perlu memain peranan bagi mengimbangi kuasa badan penguat kuasa.

Ia merupakan inisiatif bagi mengelakkan badan penguat kuasa daripada terus terdedah kepada kuasa eksekutif atau pengaruh luar sekali gus mengekang penularan gejala rasuah dalam kelompok tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) yang juga Speaker Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, Parlimen perlu diberi kuasa mengawasi kes rasuah agar siasatan lebih telus dapat dijalankan.

"Tuntutan undang-undang sekarang ialah mesti dijalankan ikhtiar bagaimana kerajaan bersih, pentadbiran bersih, penguatkuasaan bersih. jadi dalam situasi untuk membersihkan ini semua, mesti ada azam politik.

Sekiranya kita tutup mata sebelah, biarkan sahaja rasuah ini berlaku dari kecil sehingga yang besar, kita akan jadi bangsa yang ranap. rakyat tidak dapat dibela sebab hasil besar masuk ke dalam poket mereka yang berkuasa. lama kelamaan kita akan jatuh ke mudarat yang besar. jadi ini kita harus ambil iktibar dan mula melihat penguatkuasaan," kata Rais, di sini.