Monday, 16 May 2022

Kluster COVID-19 melibatkan institusi pendidikan di Kedah

  • Published in Nasional

KEDAH, 19 Januari - 98 pelajar di Maktab Mahmud, Pendang yang positif COVID-19 kini berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Dewan Wawasan, Jitra dan sebahagiannya di asrama maktab berkenaan.

Exco kesihatan negeri, Datuk Dr. Hayati Othman berkata setakat ini semuanya dalam keadaan terkawal.

Dikenali sebagai Kluster Dah Penjarum, Maktab tersebut kini ditutup seminggu bagi tujuan sanitasi.

Selain itu, 3 lagi kluster pendidikan turut dikenal pasti iaitu Kluster Dah Jalan Merbau, melibatkan 52 pelajar Kolej MARA Kuala Nerang, Padang Terap; Kluster Dah Teluk Teduri melibatkan 39 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Baling.

Kluster Dah jalan Pantai melibatkan 33 pelajar SMK Kuala Muda.