Tuesday, 17 May 2022

Prof Dr Haim Hilman Abdullah, Naib Canselor UUM yang baharu

  • Published in Nasional


SINTOK, 19 Januari
- Berkuat kuasa 17 Januari lepas, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Haim Hilman Abdullah dilantik sebagai Naib Canselor yang baharu.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr Husaini Omar menerusi kenyataan memaklumkan; pihaknya percaya segala pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti Prof. Dr. Haim Hilman mampu menggalas tanggungjawab diberikan.

Sebagai universiti berfokus pengurusan yang cemerlang; kementerian juga percaya Prof. Dr. Haim Hilman mampu meneruskan kesinambungan UUM sebagai pusat kecemerlangan pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan, penerbitan dan perundingan yang terkemuka dalam bidang pengurusan di dalam dan luar negara.

Prof. Dr. Haim Hilman, 49 tahun, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dari University of Portsmouth, United Kingdom.

Beliau turut memperoleh Ijazah Kedoktoran dalam Pengurusan Strategik pada 2010 dari Universiti Putra Malaysia.