Logo

Banjir di Bintulu, dua sekolah rendah tangguh sesi persekolahan


BINTULU, 19 Januari
- Perkembangan banjir di Bintulu, yang melibatkan dua buah sekolah rendah di Tubau pagi ini.

Menurut penduduk Kampung Melayu Tubau, Awang Yusuf Awang Lai, keadaan air di dua sekolah berkenaan kekal tidak berubah.

Semalam, SK Sungai Bukit Balai yang mempunyai 305 murid ditangguhkan sesi persekolahan bersemuka ekoran beberapa kawasan rendah di kawasan tersebut dinaiki air sehingga lebih 1 meter.

Manakala SK Kuala Kebulu, yang terletak di tebingan Sungai Jelalong telah ditangguhkan sesi persekolahan bersemuka sejak Isnin apabila hampir keseluruhan kawasan dinaiki air.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.