Wednesday, 26 January 2022

updated 10:25 AM UTC, Jan 26, 2022

Penubuhan jawatankuasa khas, perkasakan usaha konservasi penyu

  • Published in Nasional



TERENGGANU, 15 Januari- Satu jawatankuasa khas perlu ditubuhkan untuk memperkasakan usaha konservasi penyu secara lebih serius, demi menyelamatkan kemandirian haiwan terancam itu.

Peruntukan dan tenaga pakar khusus daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, universiti, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) , sektor korporat dan komuniti nelayan tempatan juga perlu disediakan untuk menyokong usaha konservasi berkenaan.

Ketua Makmal Penyelidikan Luar Institut Oseanografi dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu , Dr Mohd Uzair Rusli berkata, sejak kebelakangan ini, kes kematian penyu semakin meningkat.

Sekali gus memberi petunjuk sudah tiba masanya untuk kerajaan lebih serius, dalam mencari punca kematian haiwan berkenaan.

Jelasnya lagi, setiap kematian penyu perlu dibuat bedah siasat oleh pakar autopsi untuk melihat punca kematian sebenar secara saintifik.

Sebelum ini, dua punca kematian yang kerap dilaporkan ialah tertelan plastik dan lemas kerana terperangkap dalam pukat nelayan.

Mengulas lanjut, beliau berkata usaha menyelamatkan penyu sama pentingnya dengan usaha kerajaan memastikan kelestarian industri perikanan negara.