Logo

Ancaman harimau, kawalan dibantu Batalion 3 PGA Senoi Praaq


TUMPAT, 15 Januari- 29 anggota pasukan Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq Kem Bidor ditugaskan untuk membantu mengawal kawasan Pos Bihai, lokasi ancaman harimau di Gua Musang.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, pihaknya telah menerima permohonan daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan untuk membuat kawalan dan mengesan harimau terbabit.

Ujarnya pasukan pertama melibatkan 19 anggota akan melapor diri pada 19 Januari ini.

"Kita tak nak satu selagi usaha kita belum selesai mereka ini tidak dibenarkan keluar samada nak cari makan dan sebagainya sebab dalam hutan ni bahaya dan saya dimaklumkan juga agensi-agensi telah menghantar bekalan makanan kepada penduduk yang terjejas", katanya selepas merasmikan program New Year Ride di Balai Polis Wakaf Bharu, Tumpat.

Menurutnya, pasukan berkenaan dilihat lebih sesuai untuk menjaga kawasan berkenaan.

Penugasan yang diberikan akan ditetapkan setibanya pasukan berkenaan di Gua Musang nanti.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.