Wednesday, 26 January 2022

updated 11:13 AM UTC, Jan 26, 2022

Pascabanjir: Persatuan OKU Sentral turun padang agih bantuan barangan keperluan asas bernilai RM200,000

  • Published in Nasional


AYER KEROH, 15 Januari
- Usaha membantu penduduk terjejas masih giat dilaksana pihak berkaitan serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) walaupun banjir yang melanda beberapa negeri sudah pulih sepenuhnya.

Antaranya, Persatuan OKU Sentral yang turun padang menghulurkan sumbangan.

Menurut Presidennya, Datuk Ras Adiba Radzi, bantuan yang disampaikan ialah barangan keperluan asas sumbangan pelbagai pihak melibatkan nilai keseluruhan RM200,000.

"Kami telah pergi di beberapa negeri lain, Selangor, Melaka dan juga Pahang dan Negeri Sembilan serta kawasan- kawasan yang bukan sahaja banjir tetapi di tanah runtuh juga".

"Antara bekalan yang kami bawa selain daripada bekalan makanan dan air adalah tilam, toto dan juga tempat masak dan kadang-kadang di kawasan mereka itu tidak ada lampu, jadi kami pun ada bekalkan mereka lampu suluh", katanya selepas menyerahkan sumbangan kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali di Seri Bendahara, Ayer Keroh.

Sumbangan tersebut akan diagihkan kepada penduduk terjejas banjir di daerah Jasin.