Wednesday, 26 January 2022

updated 11:57 AM UTC, Jan 26, 2022

Pengeluaran i-Citra bergantung pengimbangan kepentingan rakyat jangka pendek dan panjang

  • Published in Nasional



KOTA BHARU, 15 Januari - Keputusan mengenai pengeluaran tambahan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bergantung kepada pengimbangan diantara kepentingan rakyat untuk jangka pendek dan jangka panjang.

Ini susulan laporan media mengenai kajian awam yang dibuat oleh sebuah parti politik berkait 97.12 peratus rakyat ingin kerajaan meluluskan i-Citra RM10,000 secara one-off.

Menteri Kewangan Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pendekatan menggunakan simpanan KWSP bagi menampung keperluan kecemasan memberi kesan kepada kemerosotan berterusan simpanan persaraan ahli.

Katanya hampir separuh ahli KWSP mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 ribu, iaitu 55 peratus daripada jumlah tersebut adalah bumiputera.

"Lebih membimbangkan lagi 79 peratus daripada ahli yang kurang daripada RM10,000 ini juga adalah daripada bumiputera. Jadi kalau kita benarkan pengeluaran tambahan yang diminta ini oleh kajian ini menyebabkan lebih ramai ahli yang perlu bersara dibawah bawah paras garis kemiskinan dan juga menyebabkan beban yang besarlah kepada seluruh Keluarga Malaysia pada masa depan.” Kata Zafrul berkata demikian dalam sidang media sempena Program Jelajah Bajet 2022 di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kelantan.

Terdahulu beliau turut menyampaikan bantuan musim tengkujuh kepada 15 orang penoreh getah dibawah Pihak berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). 

Mengulas lanjut Senator Datuk Seri Tengku Zafrul memberi jaminan bahawa kerajaan sentiasa peka dengan masalah rakyat dan pelbagai pendekatan diusahakan dibawah Bajet 2022 bagi memelihara kebajikan rakyat terutama golongan B40 dan M40.