Wednesday, 26 January 2022

updated 10:44 AM UTC, Jan 26, 2022

Tidak perlu Pilihan Raya DUN Johor, fokus bantu rakyat terjejas banjir

  • Published in Nasional

MUAR, 15 Januari - Tiada keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum, PRU DUN Johor.

Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, fokus ketika ini untuk membantu rakyat yang ditimpa musibah banjir.

Justeru, semua pihak tanpa mengira latar belakang politik perlu berganding bahu memberi bantuan.

Tegasnya lagi, "kerjasama antara parti pemerintah perlu dikekalkan, dan kepentingan peribadi tidak harus diutamakan."

"Kerjasama dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) baik dan tidak mempunyai sebarang masalah." Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata demikian selepas Program Sukarelawan Pasca Banjir KBS di Kampung Sungai Berani, Lenga, Muar.

Rabu lalu, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad memaklumkan masih memantau keadaan semasa, berhubung keperluan mengadakan PRU DUN Johor.