Wednesday, 26 January 2022

updated 11:13 AM UTC, Jan 26, 2022

Banjir di Sarawak: Jumlah penduduk terjejas meningkat sedikit

  • Published in Nasional

SARAWAK, 15 Januari - Jumlah penduduk terjejas banjir dilaporkan meningkat sedikit di Sarawak.

Terkini, 46 individu daripada 5 buah keluarga sedang berlindung di sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sibu.

Mereka ditempatkan di PPS Dewan Kampung Jeriah.

Petang semalam, Portal Info Bencana JKM menunjukkan PPS itu menempatkan 44 individu terjejas.

Sementara itu, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Bintulu, bersiap siaga sepenuhnya sekiranya banjir.

Fokus tertumpu di lokasi berisiko iaitu Tatau dan Sebauh.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bintulu, Leftenan Pertahanan Awam Raidah Jomi memaklumkan, anggotanya sudah digerakkan ke kawasan berkenaan untuk melaksana pemantauan berterusan.

Aset milik APM, terutama bot laju telah diuji pandu bagi memastikan ia bersedia digunakan pada bila-bila masa.

Kesiapsiagaan dilakukan berikuti situasi hujan berterusan di Bintulu, sejak beberapa hari lalu.