Thursday, 20 January 2022

updated 1:58 AM UTC, Jan 20, 2022

Penggunaan bas elektrik sokong usaha capai status neutral karbon seawal 2050

  • Published in Nasional


PUCHONG, 14 Januari - Perkhidmatan bas yang menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya akan dimulakan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan bandar besar sebelum diperluas ke seluruh negara.

Langkah itu selaras dengan sasaran Malaysia mencapai status negara neutral karbon seawal tahun 2050, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut beliau, setakat ini 60 buah bas seumpanya telah ditempah oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) daripada pengeluar bas Kumpulan SKSBus.

Tempahan akan diperoleh secara berperingkat bermula tahun ini hingga 2023.

Perdana Menteri juga berharap, syarikat-syarikat bas lain mencontohi usaha DBKL menyediakan perkhidmatan bas percuma GoKL yang menggunakan bas elektrik.

"Untuk mencapai sasaran negara menjadi neutral karbon seawal 2050, semua pihak perlu terlibat," katanya kepada media selepas melawat kilang integrasi bas elektrik penuh Kumpulan SKSBus di Pulau Meranti di sini hari ini.

Kumpulan SKSBus melalui unitnya SKS Coachbuilders Sdn Bhd mempunyai pengalaman lebih 50 tahun dalam industri pembinaan bas.

Ia antara pengilang bas di negara ini yang memperoleh pensijilan Barangan Buatan Malaysia dan dilengkapi kilang robotik.

Sejak 2019, Kumpulan SKSBus telah bekerjasama dalam bidang teknikal dengan Kumpulan CRRC China iaitu pengilang lokomotif eletrik dan kenderaan pengangkut terbesar di dunia, untuk membina bas elektrik.

Bas elektrik keluaran SKSBus mampu melengkapkan perjalanan sehingga 250 kilometer dengan sekali pengecasan.
.