Thursday, 20 January 2022

updated 2:39 AM UTC, Jan 20, 2022

KPLB komited menambah baik infrasturktur luar bandar

  • Published in Nasional

 

PUTRAJAYA, 14 Januari - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) komited menambah baik proses penyampaian perkhidmatan kepada penduduk luar bandar khususnya dalam membangunkan ekonomi dan infrastruktur kawasan luar bandar.


Menteri KPLB, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sebanyak RM2.45 billion diperuntukkan tahun ini untuk projek prasarana di luar bandar bagi kesejahteraan penduduk terlibat.

Menurut Mahdzir, infrastruktur yang lengkap akan menjadi pemangkin kepada kemajuan di sebuah kampung termasuk dari segi ekonomi dan modal insan.

"Dia punya optik kepada kementerian adalah untuk kesejahteraan rakyat di luar bandar. Buatlah apa pun tapi yang penting kita dapat untuk kesejahteraan rakyat.

"Dan untuk mencapai kesejahteraan rakyat, fokus kita adalah bagaimana dengan sistem penghantaran untuk kita mempercepatkan proses," katanya selepas menyampaikan ucapan amanat tahun baharu di Putrajaya.

Beliau juga berharap, 142 projek baharu dan 476 projek sambungan berkaitan infrastruktur yang dirancang untuk tahun ini dapat dilaksanakan mengikut jadual walaupun berdepan kekangan akibat pandemik COVID-19.

Hadir sama pada majlis amanat itu adalah Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar 1, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun.