Thursday, 20 January 2022

updated 1:12 AM UTC, Jan 20, 2022

Perkasa industri perkayuan negara

  • Published in Nasional

FOTO: BERNAMA



TERENGGANU, 14 Januari - Majlis Kayu Kayan Malaysia (MTC) memperuntukkan RM800,000 dalam usaha memperkasakan industri perkayuan negara.

Selain pembelian mesin berteknologi tinggi mengikut piawaian industri untuk disumbangkan kepada pemain-pemain industri di seluruh negara.

Menurut Pengerusinya Norrida Yusoff, insentif ini bagi merancakkan kembali industri perkayuan negara sewaktu pasca pandemik COVID-19 dan secara tidak langsung membantu usahawan muda meneroka peluang pasaran yang tersedia ada.

Melalui sumbangan itu juga, ia bakal memacu kadar pengeluaran produk perkayuan sekaligus memaksimumkan penjanaan pendapatan dalam kalangan usahawan yang terlibat berbanding kaedah konvensional.

"MTC selaku pemegang taruh utama sektor perindustrian perkayuan negara juga kini dalam usaha untuk memberi tambah nilai kepada usahawan-usahawan tempatan bagi meneroka sebarang peluang-peluang baharu melalui penjenamaan dan pemasaran sekaligus memberi penanda aras baharu industri ini." Kata Norrida di sini.

Oleh itu sebanyak 21 mesin kerja-kerja kayu telah disumbangkan kepada usahawan dalam negeri Terengganu dan juga lepasan pelajar Terengganu Industry Training Centre (TTITC) yang telah dikenal pasti mempunyai daya saing untuk lebih maju kehadapan.